Tuesday, 13 August 2019

DEMAM DISKO DENGAN DISFONY

Diakui, tidak banyak band disko muncul sejak kebelakangan ini terutama dari Sabah, bumi di bawah bayu.

Di tengah-tengah "kegersangan" itu, muncul sebuah band dari Lahad Datu bernama DISFONY.

DISFONY ketika membuat persembahan baru-baru ini. - MULTISYNX/IHSAN DISFONY


Disfony telah membawa irama indie disko menerusi lagu pertama mereka berjudul 'Cinta Tak Harus' pada 2008, kemudian tampil dengan lagu-lagu yang lebih diskotik menggabungkan variasi muzik baru dan lama.

Ini termasuk dalam lagu Let's Dance, Telefiks, Disko Gizmo, dan mereka juga akan merilis single mereka berjudul Muslihat yang menceritakan tentang penipuan-penipuan nyata.
Lagu Muslihat ini telah pun dimainkan pada show-show mereka.

"Sememangnya muzik indie menjadi santapan telinga muda mudi masa kini. Antara sumber inspirasi kita sendiri ialah The Safari & Agriculture, The Upstairs, Komplot dan beberapa band band British yang anda sedia tahu," band itu kepada Multisynx.
Ditanya soal masa depan band itu, mereka memberitahu, Disfony hanya ingin memberi sebuah nilai kepada masyarakat melalui lirik dengan muzik disko.

Untuk rekod, Disfony sudah merilis dua material berbentuk CD, iaitu yang pertama adalah demo 2010 'Cinta Tak Harus dan Irama Tari sementara pada 2015 band itu mengeluarkan Disko Gizmo.

Contact: Facebook Disfony

No comments:

Post a Comment