Tuesday, 13 August 2019

BUNYIAN RAW MUZIK SYNTAX ERROR

Jika ditanya, band dari Alor Setar, SYNTAX ERROR, mereka melihat pendekatan merakam lagu secara live dapat menghasilkan muzik yang raw mirip sepertimana persembahan.

Mereka yang mendefinisi muzik mereka sebagai raw grunge/stoner memberitahu, demo 'unfairground' yang dikeluarkan band itu sebelum ini mengandungi empat lagu yang dirakam secara live tanpa mastering/mixing. 

"Ini dilakukan sambil menghayati muzik sendiri itulah hasil bunyi bunyi yang direcord tanpa menipu edit.
"Tapi terpulanglah kepada setiap individu. Setiap orang berbeza cara. Ada orang mahukan sound yang best dan mahu record track by track untuk kualiti sound yang baik," kata mereka.
SYNTAX ERROR


Tegas mereka, perkara itu adalah kehendak masing masing dan prinsip band band yang sedia ada perlu dihormati. 

"Tapi bagi kami, kami lebih puas bermain dengan penuh jiwa dan 'enjoy the show'. Sambil bermuzik kita berkawan dengan semua orang. 


"We don't play any style in particular. We just rock, (doing) good rock. Stay with grunge and stay as human," kata wakil band itu.

Contact:  Facebook Syntax Error

No comments:

Post a Comment