"I don't need a music scene to tell me who I am." Demikian nyanyian Tomas Kalnoky dari band Catch 22 dalam lagu Day In Day Out.
Frasa itu pada saya menggambarkan betapa pentingnya seseorang itu untuk terus menerokai potensi diri serta mendalami semua perkara di sekitarnya tanpa tertakluk dengan label-label tertentu.
Bagi Flush Naive, meskipun haluan utama mereka adalah muzik grunge, namun mereka tidak sekali-kali menghadkan muzik yang mereka mainkan.
FLUSH NAIVE |
"...dan kami main music ikut kemampuan band seperti sound new wave, punk rock dan sound heavy lebih kurang ke arah sound nu metal,' kata band itu kepada Multisynx.
Selain gaya muzik yang pelbagai, Flush Naive mengetengahkan mesej persahabatan, isu perkauman, kekecewaan dan realiti kehidupan dalam lirik mereka.
"Rancangan masa depan kami adalah, kalau tiada halangan, tahun depan Flush Naive mahu menerbitkan EP.
"Dan sekarang kami masih dalam proses mengumpul material insha-Allah," ujarnya.
Flush Naive dibarisi oleh Rizal sebagai vokalis dan gitaris, Sepik sebagai pemain bass dan Shuib di posisi dram.
Contact: Facebook Flush Naive
No comments:
Post a Comment