Tuesday 13 August 2019

REFLEKSI GRUNGE SLUDGY

Seorang pengkarya yang prihatin akan memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perkara yang berlaku di sekitar mereka.

Ia merangkumi perubahan sosiologi, fizikal dan psikologi kawasan atau masyarakat di sekitar kita.


Sama seperti band dari Lahad Datu, Sabah ini iaitu Sludgy.

SLUDGY dari Sabah


Lirik mereka adalah berkisar tentang kehidupan, persekitaran serta perkara-perkara yang penting kepada mereka.

"Apa yang kami nampak, cinta dan sebagainya. Ia tiada yang spesifik. Apa kami rasa mahu menulis, kami tulis. Maka terjadilah lagu itu.


"Kebanyakan lebih kepada kehidupan sekeliling," jelas salah seorang ahli band tersebut kepada Multisynx.


Ditanya perihal influence, Sludgy memberitahu, Butterfingers, Bloodymary, Dish dan Nervedeless merupakan pengaruh muzik terbesar mereka.


Mereka pernah membuat persembahan di lima gig setakat ini di sekitar Borneo selain mengeluarkan tiga material iaitu Never Be The Same (2008), Sludgy (2013) dan single Get Out (1313) pada 2014.


"Kami sedang mengumpul material untuk menerbitkan EP atau album (hopefully) dan buat tour kalau ada duit (ketawa)," katanya

.
Sludgy boleh dihubung menerusi:

http://facebook.com/sludgybandhttp://youtube.com/sludgybandhttp://reverbnation.com/sludgybandEmail: Sludgy

No comments:

Post a Comment