Tuesday 13 August 2019

GABUNGAN ELEMEN CATCHY, JIWANG, MARAH, ANNOYING MAUDRIKHA

Siapa sangka elemen catchy, jiwang, marah, annoying boleh diadunkan menjadi satu hasil muzik yang mengasyikkan?

Resipi itu telah diaplikasi oleh band dari Tanjung Malim, Perak - Maudrikha dalam kerja-kerja penghasilan muzik mereka.

"Barangkali mereka (elemen-elemen ini) grunge?" kata salah seorang ahli band itu kepada Multisynx.

Ditubuhkan pada 2010, Maudrikha pernah menggunakan nama 'Gun a Silent' di awal penubuhan dan menukarkan nama kepada 'Pen & Dolls'. 

MAUDRIKHA dari Tanjung Malim, Perak


Namun pada Januari 2018 mereka telah membuat keputusan untuk menggunakan nama mereka kini. 

Setakat ini Maudrikha telah bergabung dengan beberapa buah band tempatan dalam sebuah album kompilasi dan menyumbangkan dua buah lagu dalam album berkenaan, iaitu 'Grunge Royal Rumble' yang telah dilancarkan pada Mac 2018.

Persembahan Maudrikha seterusnya di Insider Satellite, Ipoh di acara Grunge Fest 2018 pada 1 Disember.

Maudrikha dibarisi oleh Nikman (gitar & vokal), Hafiz (gitar), Arap (bass) dan Firan (dram).
Mereka boleh dihubungi menerusi laman 

Faceboook MaudrikhaFacebook: Maudrikha

No comments:

Post a Comment