“Kami adalah band yang menentang segala bentuk kejahatan.”
Penegasan itu diberikan oleh Destroy the Evil (DTE), band experimental dari Melaka. ia dibarisi oleh Mohd. Lan, Saiful, Jijie, Anep dan Fird. yang mana semua mereka berasal dari bandar raya bersejarah tersebut.
Jelas Mohd. Lan, secara formatnya band itu membawa gaya mood, punk, experimental post punk. Mereka menegaskan, band itu tidak meletakkan sesuatu yang statik.
“Kami ingin besarkan term punk dalam skop yang besar. Tidak ada had yang mempengaruhi kami dalam berkarya. DTE adalah experimental band yang tidak mempunyai vokal.
Berhubung projek terkini DTE, mereka memberitahu, band itu sedang dalam proses mengumpul duit untuk memasuki studio recording.
“In Sha Allah dalam masa terdekat ini… Doakan kami dan buat masa ini kami banyak buat lagu-lagu dan baik pulih lagu yang sedia ada,” kata Mohd. Lan kepada Multisynx.
DESTROY THE EVIL |
Mohd. Lan berkata, DTE berpandangan, dari segi muzik atau mesej yang dibawa mereka, ia bergantung kepada keadaan. apa yang mereka mahu main, mereka main.
“Kami main di atas pengalaman kami bermain band dalam industri bawah tanah.kami tidak trendy mahupun ‘hipster’ dalam sesuatu bentuk muzik,” katanya.
Contact Mohd. Lan
No comments:
Post a Comment