KOMPILASI soul telah wujud sejak sekian lama, bermula dengan album-album keluaran MOTOWN dan ATLANTIC pada tahun 60-an.
Pada lewat 60-an dan awal 70-an pula, label-label seperti DIRECTION, BELL dan CBS telah mengeluarkan kompilasi soul masing-masing. Apa yang menarik adalah kompilasi-kompilasi tersebut bukan sekadar berunsur 'greatest hits' tetapi turut mempunyai tarikan tertentu bagi peminat-peminat tegar soul.
Salah satu daripada kompilasi-kompilasi tersebut adalah kompilasi berjudul Allsorts oleh TRACK. LP tersebut menampilkan The Debonaires serta lagu-lagu northern dari Detroit.
Allsorts oleh TRACK |
Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil daripada kompilasi-kompilasi peringkat awal disasarkan secara eksklusif kepada scene rare soul memandangkan scene tersebut belum lagi wujud pada ketika itu.
Lagu-lagu northern soul akan muncul dari semasa ke semasa dalam kompilasi-kompilasi tersebut seperti Ain't That A Lot of Love - Taj Mahal oleh CBS menerusi album sampler Rock Machine I Love You, (Accept My) Invitation - The Band Of Angels pada kompilasi Hitmakers oleh MARBLE ARCH dan juga Honest To Goodness - Herb Ward pada Funky Bottom Congregation: A Gathering Of Soul! keluaran RCA.
Funky Bottom Congregation: A Gathering Of Soul! |
Mungkin LP pertama yang menyasarkan secara eksklusif kepada scene northern soul adalah Great Disco Demands oleh PYE, yang dikeluarkan ketika muzik soul itu berada di 'kemuncak pengkomersialan'. Ini adalah pada lewat 1974 hingga awal 1975, yang mana siri-siri Disco Demand itu dikatakan 'amat sangat paling berjaya sekali' dengan lagu-lagu hits oleh The Javells, Wayne Gibson dan Wigan's Chosen Few.
Great Disco Demands |
Untuk meneruskan kejayaan itu, PYE menggunakan khidmat Russ Winstanley bagi menghimpunkan single-single yang pernah dikeluarkan melalui Disco Demand. Prakata pendek yang ditulis oleh Russ pada kulit album itu memberitahu pembeli bahawa mereka telah berjimat banyak dengan membeli kompilasi tersebut.
Selepas habis menggunakan kesemua lagu-lagu gerenti hits mereka, PYE seterusnya mengeluarkan satu LP melibatkan material yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini (previously unreleased) dari simpanan SCEPTER/WAND. Album ini dipanggil Solid Soul Sensations dan menampilkan penulisan Ian Levine mengenai LP dan artis terlibat pada kulit album berkenaan.
Solid Soul Sensations |
Menjelang akhir 1975, PYE telah hilang minat terhadap northern soul dan ini dilihat sebagai pengakhiran kepada 'kemuncak pengkomersialan' tersebut. Scene tersebut telah 'berundur' ke alam underground dan kekal di menjadi sebuah root movement sejak itu.
Namun begitu, pengeluaran LP-LP kompilasi soul tidak terhenti di situ. Pada 1976, RCA telah mengeluarkan Jumping At The Go Go, dengan memberi peluang kepada peminat untuk memiliki lagu-lagu terbaik northern soul. Kulit album itu memaparkan kartun seorang lelaki dan perempuan sedang menari atau 'stomping'.
Jumping At The Go Go |
Antara lagu yang menjadi tarikan pada LP berkenaan adalah It Didn't Take Much - Percy Wiggins dan Change Your Ways - Willie Kendricks. Lagu-lagu dari Paul Anka, Beverly Ann, Ray Paige dan The Exciters yang turut dimuatkan dalam kompilasi tersebut dikeluarkan dalam bentuk singles di United Kingdom (UK) selepas itu.
CAPITOL pula muncul pada pertengahan 1978 dengan kompilasi bernama Soul Casino yang memuatkan 'stomper-stomper' hebat serta 'monster-monster' terkenal yang kebanyakannya masih dimainkan pada ketika itu.
Lagu-lagu dari Nancy Wilson, Jay D. Martin, Teddy Vann, Sam Ambrose, Gloria Jones, Patrice Holloway, Thelma Houston, Alex Patton, Human Beinz, David & The Giants, Outsiders dan sebagainya telah dikumpulkan oleh seseorang yang dilihat amat arif berkaitan scene pada ketika itu.
- Bersambung...
* Sumber dari pelbagai platform termasuk The Owl's Effort Magazine dan Internet (gambar).
No comments:
Post a Comment