Wednesday 21 August 2019

KOMPILASI NORTHERN SOUL (Bahagian 2)

Pada 1976, ABC telah mengeluarkan Out on The Streets Again, yang terkenal kerana menampilkan buat pertama kalinya di UK, lagu Like Adam and Eve - The Reflections, salah sebuah monster pada ketika itu. Pada side 1 LP tersebut, semua lagu-lagunya boleh dikatakan biasa-biasa sahaja, yang mana ia telah dikeluarkan menerusi single 45 PROBE seperti The Sapphires dan Patti Austin. 

Side 2 pula bermula dengan I Do - The Marvelows tetapi berubah tempo kepada lagu lebih perlahan seperti It Doesn't Matter How I Say It - Florence Ballard.

Sementara itu, pada sekitar 1975, CONTEMPO telah mengeluarkan Dance Dance Dance dengan menampilkan There's Nothin' Else To Say - The Incredibles, The Boy From New York City - The Adlers dan Make Me Yours - Bettye Swann. Apa yang menarik, kulit album LP ini dihiasi dengan koleksi patch dan ini secara jelas menunjukkan pengeluarannya disasarkan kepada pengumpul-pengumpul northern soul.

Dance Dance Dance


Pada 1978 keluar pula Talk of The Grapevine yang majoritinya adalah lagu-lagu rare dari produksi Richard 'Popcorn' Wylie. Diterbitkan menerusi syarikat subsidari RCA iaitu GRAPEVINE dan lagu-lagunya dihimpunkan oleh Richard Searling, LP ini memberi pendengar di UK peluang untuk menikmati buat pertama kalinya lagu-lagu hebat versi asal Ever - Again - Gene Woodbury, Cool Off - Detroit Executives dan Baby You Better Go Go - Matt Lucas.

Lebih separuh daripada 20 lagu dalam LP ini merupakan material dan akaun produksi Wylie sendiri selain beberapa versi instrumental lagu-lagu di side 1. Ia sebuah LP yang bagus dengan lagu-lagu seperti Let Our Love Grow Higher - Eula Cooper dan Rosemary What Happened.


Setahun selepas itu, GRAPEVINE telah berjaya dengan LP kedua mereka iaitu Sound Of the Grapevine sekali lagi dengan 20 lagu dan bukan semuanya diambil dari katalog 45' mereka terutama Savin' My Love For You - People's Choice, I'm Gone - Eddie Parker, Easy Baby - The Adventurers, Yes You Did - Hermon Hitson.


LP ketiga GRAPEVINE diterbitkan pada pertengahan 1980 dengan dinamakan This is Northern Soul. Kompilasi tersebut menampilkan lagu-lagu yang belum dikeluarkan oleh GRAPEVINE iaitu My Little Cottage - Fluffy Falana, Exus Trek dan Eddie Holman - Eddie's My Name.

Sound Of the Grapevine

Bersambung...

* Sumber dari pelbagai platform termasuk The Owl's Effort Magazine dan Internet (gambar).

No comments:

Post a Comment