NO DISTANCE |
Ia menyebabkan manusia hidup dalam kesengsaraan akibat sikap tidak berperikemanusiaan pihak yang melakukan penindasan berkenaan.
Bagi No Distance, sebuah band Punk Rock/Melodic Hardcore, mesej anti penindasan merupakan antara penekanan bagi EP mereka yang akan datang.
Jelas jurucakap band dari Melaka itu, apa yang terlintas di pemikiran mereka, akan diterjemahkan menjadi lirik.
"Lagu-lagu dalam EP pertama kami 'Some Unexpected Journey' ni, takde isu atau mesej-mesej yang berat pun yang kami nak disampaikan.. Kami banyak sentuh pasal family, persahabatan dan cinta. Senang cerita, tentang kehidupan manusia biasa yang perlu ada tiga benda ni sebagai pelengkap hidup mereka.
"Untuk EP yang akan datang pula, kami cuba nak tekan isu-isu semasa yang berlaku sekarang dan masih dalam proses penulisan lagi. Actually kami ni takde lah power buat lirik, apa yang terlintas kat kepala tulah yang ada dalam lirik," jelas band itu kepada Multisynx.
Untuk rekod, No Distance terdiri daripada empat orang iaitu Popeye (Bass/Vox), Adek (Guitar/Vox), Amy (Guitar/Voc) dan Rizal (Drum).
Setakat ini mereka aktif bermain gig-gig di Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pahang.
Pada Jun 2016, band berkenaan telah meriliskan EP pertama yang berjudul 'Some Unexpected Journey' yang dirakam di Adam Music Studio, Melaka dan ada enam buah lagu semuanya.
"Adrenalized dan Mute adalah antara sumber rujukan kami dalam pembikinan lagu. Kalau dalam EP yang pertama ni, kami banyak dengar band-band dari Jepun," katanya.
Selain tu, katanya, No Distance ada menyertai beberapa compilation seperti 'Membarai Lebaran 2018' (Nervhous Records) dan yang akan datang 'Give and Take Vol.2' (Nervhous Record) yang akan dirilis pada September ini.
"Untuk plan yang akan datang, kami merancang untuk rilis EP kedua pada tahun depan. Kami juga merancang untuk tour di negara jika ada rezeki lah," katanya.
Contact: Facebook
No comments:
Post a Comment