CARBURETOR DUNG merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Band punk yang ditubuhkan sejak 1991 ini terus memberi impak signifikan kepada scene sehingga hari ini. Lagu-lagu mereka amat dekat dengan diri kita.
Menyusuri perjalanan band yang digerakkan oleh anggota-anggota terasnya (core members) iaitu Joe Kidd dan Fendi, kita mengetahui bahawa gaya muzik mereka sering berubah-ubah.
Ada melodik, ada keras.
Namun begitu, menurut Joe Kidd, tahun ini akan menyaksikan satu lagi kelainan dalam muzik Dung berbanding sebelum ini. Kelainan itu bakal ditonjolkan menerusi rilisan terbaharu rekod 7 inch mereka.
Menerusi rilisan itu, pendengar boleh menjangkakan satu lagi 'progression' ke depan oleh Dung menerusi sebuah lagu berjudul 'Gibran Song'.
"Gibran Song, yang agak panjang berjela (enam minit). Ianya panjang. Intro penuh drama sebelum bergerak laju tapi diselang seli dengan pelbagai rentak. Aku rasa sangat lain dari semua lagu sebelum ini. Agak epik!
"Tapi sedap tak sedap terpulang pada para pendengar lah. Aku suka. Band suka. Itu yang penting," jelas Joe Kidd kepada Multisynx.
CARBURETOR DUNG |
Gibran Song menurut Joe Kidd, telah ditulisnya pada 1996 dan pada masa itu, band tersebut tidak mendapat 'feel' baik ketika cuba jamming serta praktis lagu berkenaan.
Drummer mereka ketika itu, Ollie dikatakan tidak serasa dengan lagu tersebut, jadi mereka telah menolak tepi lagu tersebut.
"Dalam lima tahun lepas aku jumpa balik dan olah semula bersama drummer kami Bullet. Terus rekod.
"
Lagu ini inspirasi dari buku dan tulisan Khalil Gibran. Ianya tentang penunggang agama yang menipu umat jelata dengan pelbagai janji janji akhirat, walhal semuanya hanya gula-gula untuk membeli sokongan dan membolot kuasa duniawi," katanya.
Selain Gibran Song, dua lagu Side B telah pun dirilis sebelum ini dalam split 7' bersama band dari China SMZB.
"Tapi rilisan itu (Split dengan SMZB) kami tak puas hati. Label tu tak master lagu kami sepatutnya, so jadi tak best nak dengar. Disebabkan kualiti yang sebegitu, kami pikir baik remaster dan rilis balik sebagai side-B untuk 7' terbaru," kata Joe Kidd lagi.
Selain 7' tersebut, Dung juga dijangka akan rerelease album kedua mereka iaitu Allure of Manure dalam bentuk LP dan CD.
Joe Kidd berkata, pada tahun ini, Dung hanya bermain satu show setakat ini iaitu show Mayday di Ipoh, Perak pada 1 Mei dan pada bulan September ini mereka bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur iaitu Total War bersama Sarjan Hassan dan beberapa band metal yang dianjurkan oleh Mamat Records.
"Lepas tu bulan November, satu lagi show di Kuala Lumpur juga bersama Boom Boom Kid (Argentina), Systematic Death (Tokyo) dan beberapa band lokal yang lain. Itu je yang boleh kami confirm setakat ini," katanya.
Dan juga website: carburetordung.kerbau.com
No comments:
Post a Comment