Pertengahan 80-an juga menyaksikan DESTINY mengeluarkan kompilasi The Record Collector Vol. 1. Sekali lagi, 20 lagu menampilkan oldies, biggies dan malangnya juga 'tailor mades' iaitu versi-versi cover.
The Record Collector Vol. 1. |
Satu pemilihan senarai lagu yang menarik termasuk lagu sangat rare: So in Luv - Othello Robinson dan Silent Treatment - Arin Demain. Ia ditambah dengan satu lagu cover There's Nothing Else To Say versi vokal wanita oleh Cassietta George. Album ini sangat sukar untuk diperolehi terutama sekarang tetapi berbaloi untuk dimiliki.
LIBERTY/UNITED ARTISTS GROUP juga menerbitkan sebuah LP kompilasi sekitar tahun 1980 iaitu Sold On Soul. Dihimpunkan oleh Richard Searling sekali lagi, kompilasi ini adalah sememangnya salah satu daripada tiga kompilasi terbaik sepanjang masa, merangkumi rilisan kedua-dua US dan UK.
Item UK termasuk Surrounded By A Ray of Sunshine - Samantha Jones (lagu ini berjaya menduduki Top 50 di UK selama satu minggu) dan What About The Music - Spice. Lain-lain lagu menarik pada kompilasi ini adalah Be Careful Girl - Betty Turner, Serving A Sentence of Life - Carl Douglas selain Ray Pollard dan Gene McDaniels.
Ini ditambah dengan Looking for You - Garnet Mimms. Malangnya kerja-kerja pempromosian kompilasi ini dikatakan amat teruk dan syarikat rakaman terlibat tidak berbuat apa-apa untuk mempromosikannya.
Masih di sekitar 1980, CASINO CLASSICS diterbitkan.
CASINO CLASSICS |
Pada akhir 70-an, kita juga menyaksikan munculnya kompilasi bootleg yang pertama diedarkan dalam kalangan peminat muzik soul. Dipromosikan sebagai Northern Soul Gold, ia memiliki 17 lagu. Semuanya oldies dan semuanya lagu jenis 'played to death'.
Epitome of Sound, Otis Smith, Sam & Kitty, Velvet Satins, Bob Relf, Dena Barnes, Tempos dan sebagainya. Dari aspek bunyi, lagu-lagu itu boleh dikategorikan sebagai 'boleh setakat dengar'.
* Sumber dari pelbagai platform termasuk The Owl's Effort Magazine dan Internet (gambar).
No comments:
Post a Comment