Thursday, 15 August 2019

MALAS-MALAS BERISI LEFTOVER

Meskipun mengakui membawa muzik bergenre ‘easy mellow-grunge’ atau ‘grunge senang nak main’ kerana masing-masing malas hendak main terer-terer, hasil karya LEFTOVER bagaimanapun mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan peminat.

Menerusi EP yang dikeluarkan tahun ini berjudul 'Leftover EP 2018', peminat-peminat jelas memberikan reaksi positif terhadap karya yang dirakamkan secara live di studio itu.

"Bermulanya kelahiran semula ‘Leftover’ adalah ketika Fared dan Key Din didesak oleh rakan-rakan band yang lain untuk menubuhkan band bagi membuat sesi rakaman untuk album kompilasi bertajuk ‘Grunge Motherf*cker Grunge’ yang dikelola oleh Sam DDG. Memerlukan seorang gitaris, Fared menghubungi Iwan sama ada dia berminat untuk menyertai band dan dia bersetuju. Kiranya Leftover ni ‘leftover from the Leftover’ la. 

"Sekadar mahu memenuhi kehendak Sam dan lain-lain, fokus mereka pada ketika hanya pada penyumbangan dua lagu ke dalam album kompilasi tersebut serta perform sebagai opening band di gig sempena pelancaran album pada March 2018. 

"Walau bagaimanapun, mereka ingin mencuba lagi dan pada November 2018 keluar dengan material sulung ‘Leftover EP 2018’ yang merupakan demo untuk band. Dirakam secara live di studio, EP tersebut dilancarkan secara sederhana di gig ‘Ipoh Grunge Fest 2018’ ketika Leftover sekali lagi diberi penghormatan sebagai opening band untuk gig tersebut," kata mereka kepada Multisynx.

LEFTOVER


Untuk rekod, Leftover yang ditubuhkan pada 2007 kini dianggotai oleh tiga anak muda belasan tahun yang berjiwa besar iaitu Fared (Vokal/Bass), Iwan (Gitar) dan Key Din (Dram) yang masing-masing tinggal jauh antara satu sama lain. 


Fared berada di Parit Buntar, Perak, Iwan di Ipoh manakala Key Din di Shah Alam, Selangor.

Pengaruh bunyi Leftover kebanyakannya dari band-band grunge Malaysia sendiri dari era 90-an seperti Slicepin Daze, Flossy Distortion, Dimension Violation dan lain-lain. 

Pada mereka yang berminat untuk mendapatkan CD demo Leftover bolehlah contact mereka melalui di Facebook iaitu https://www.facebook.com/leftovergrunge/

No comments:

Post a Comment