Wednesday, 14 August 2019

PENERAPAN NILAI MURNI TADPOLES

BERBEZA dengan lirik-lirik band-band punk rock masa kini yang 'rebel' dan politikal, band dari Lembah Klang, TADPOLES menerusi EP terbaru mereka berjudul 'Who Am I?', lebih menumpukan lirik-lirik yang menjurus kepada aspek nilai-nilai murni yang wajib dipupuk semua.

Aspek nilai murni itu bagi mereka, perlu diterapkan sebelum seseorang itu menilai kejadian-kejadian di luar sana. 
TADPOLES


Selain itu, lagu-lagu band ini juga turut membawa mesej yang cenderung kepada elemen berdamai dengan diri sendiri dan saling memaafkan sesama manusia.

"Menyebarkan cinta kasih sambil bermain musik laju dan rancak itu ialah objektif utama Tadpoles untuk EP kali ini.

"EP Who Am I? ini menceritakan apa yang kita lihat dan marah di luar sana sebenarnya adalah projection atau cerminan diri kita sendiri. Jadi untuk dunia ini aman, diri kita kena damai dan suci murni terlebih dahulu," jelas wakil band itu, Sanchez selaku vokalis band kepada Multisynx hari ini.

Jelasnya, mereka juga bakal meriliskan video klip terbaru dalam masa terdekat untuk lagu 'Beautiful Day' dengan kerjasama Ligat Productions.

Untuk rekod, Tadpoles ditubuhkan pada 2015 bergenrekan Punk rock dan berkiblatkan band2 dari label FAT WRECK CHORDS dan EPITAPH yang famous di era 90-an.
Band ini terdiri daripada empat jejaka hensem iaitu Mamu (dram), Azam (gitar utama), Ebak (bass) dan Sanchez selaku penyanyi..

Untuk mengenali Tadpoles dengan lebih mendalam, korang boleh baca dan teroka link-link ini:


No comments:

Post a Comment