Muzik punk yang sinonim dengan elemen ringkas, tiga chord dan lagu pendek sememangnya membawa pemikiran sebenar bahawa semua orang boleh memulakan sebuah band punk rock.
Sifat punk yang tidak rumit itu telah menjadikannya sebagai satu platform berkesan bagi golongan muda terutamanya, untuk meluahkan kekecewaan, amarah, kasih sayang serta apa yang terbuku di dalam hati mereka.
Bagi band NO SECURITY dari Kuala Lumpur, mereka 'tidak cerewet' dengan muzik punk rock yang dibawa asalkan 'ngam' sahaja dengan keselesaan mereka.
Band itu hanya bermain secara spontan atau 'plug and play' sahaja, jelas Arol, vokalis merangkap gitaris band itu kepada Multisynx.
"Perancangan No Security pada masa depan adalah untuk merakamkan lagu untuk keluaran seterusnya. Mungkin dalam bulan depan siaplah kot.
"Dan lepas tu kita mahu tour, rakam, tour, rakam, tour... sampai mampos!," katanya sambil ketawa.
Ditanya tentang sejarah band, Arol berkata, No security ditubuhkan pada Mac 2008 dan line up pada waktu itu ialah Rudy (vokal), Arol (gitar), Boy (bass) dan Cikjie (dram).
Katanya, mereka aktif bermain gig tanpa demo atau EP pada waktu itu selain pernah bermain gig 'pay to play'.
NO SECURITY dari Kuala Lumpur |
Pada ketika itu jelasnya, band berkenaan banyak berinfluencekan band punk rock 70-an United Kingdom (UK) seperti Sex Pistols, The Adicts, serta UK Subs.
"Sehingga awal atau pertengahan 2012, kami menerbitkan satu EP bertajuk 'Punk, Anarchy and Chaos'," katanya.
Tambahnya, line up band juga berubah tempat dengan Rudy (vokalis), Arol (gitar), Cikjie (bass) dan Boy (dram) serta berinfluencekan band UK 82 seperti The Partisans, The Exploited, Chaos UK dan Disorder.
"Selepas itu pada penghujung 2016, kami ada mengeluarkan satu lagi EP 'Drunx & Destroy' yang diterbitkan oleh 'Pogotapes Distro'.
"Line up turut berubah dengan aku (Arol) (vokal/gitar), Iwan (bass) dan Boy (dram). Kita masih lagi berinfluencekan yang sama macam dahulu juga sehingga hari ni," katanya.
Facebook NO SECURITY
Facebook NO SECURITY
No comments:
Post a Comment