Saturday, 31 August 2019

KEUNIKAN MILO DINOSAUR

Selain menggunakan lirik Bahasa Melayu sepenuhnya dalam lagu-lagu mereka, Milo Dinosaur, band emo dari Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai lagi keunikan tersendiri. Menjadikan band-band seperti Sport (Perancis), Get Up Kids (Amerika Syarikat), Lukestar (Norway), Hurula (Sweden), Iron Chic (New Jersey, AS), dan Mew (Denmark) sebagai antara influence mereka, hasil tangan empat anak muda ini pada album terbaru mereka, 'Dengan Ikhlas', adalah sangat mengkagumkan. Album 'Dengan Ikhlas', pada Multisynx, mencerminkan kemantapan Milo Dinosaur sebagai sebuah band dalam menterjemahkan sebaik-baiknya segala pengalaman, semangat dan daya kreativiti mereka. Kualiti ini selaras dengan tuntutan semasa.

MILO DINOSAUR


Namun begitu, jika ditanya anggota-anggota Milo Dinosaur, mereka sendiri berasa susah untuk menerangkan atau menggambarkan sound band itu. Ujar mereka, yang paling hampir, mungkin sound 'Midwestern Emo' lewat 90-an yang ada unsur-unsur sedikit Math Rock. Jelas gitaris band itu, Azim, lirik Milo Dinosaur menceritakan tentang perasaan mereka yang mencerminkan sesuatu situasi, perasaan atau kejadian. "Sebagai contoh, lagu 'Usah Resah' adalah di mana Alang (drummer Milo Dinosaur) mencerminkan tentang mati, berdasarkan kisah abahnya yang meninggal lebih kurang dua tahun lalu kerana kanser paru-paru. "Lagu 'Kasih' pula ditulis oleh Falique (bass dan vokal), ada dua maksud lagu tu. Ia tentang isterinya dan ia juga tentang perasaan Falique terhadap Tuhan," katanya kepada Multisynx.

ALBUM 'Dengan Ikhlas'
Untuk rekod, Milo Dinosaur terdiri daripada bekas anggota dan anggota semasa band Orbit Cinta Benjamin, Man Under Zero Effort, Sweet Ass, Sphere, Epaulard (41), Schloka, Triste, Gasoline Grenade dan sebagainya. Milo Dinosaur ialah: Falique - Bass / vox Alang - Drums Azim - Guitar Zul - Guitar Dapatkan album 'Dengan Ikhlas' sekarang dan hubungi Milo Dinosaur di Instagram dan Facebook atau Kedai Tapau.tv dan beberapa kedai music indie yang lain seperti Teenage Head Records

No comments:

Post a Comment