Wednesday 28 August 2019

MUZIK JUJUR, SESUAI DENGAN HATI SOCIAL CIRCUIT

Asalkan muzik yang ditulis itu jujur dan sesuai dengan hati mereka, itulah muzik Social Circuit (SC).

Band emotive punk itu menegaskan, mereka tidak mahu terbelenggu dengan title dan genre.

Jelas vokalis band berkenaan, Dean, terdapat banyak aspek yang memberi inspirasi kepada SC. 

Social Circuit



"Kalau kita lihat pada muzik, mungkin senang untuk kaitkan kami dengan band seperti Title Fight dan lain-lain. Tapi sebenarnya SC lebih diinspirasikan band-band sekeliling kami, sepanjang touring kami, band internasional yang kami bermain musik sekali dan juga kawan-kawan. 

"Subjek muzik kami pula diolah dari pengalaman kami yang kami cuba untuk kaitkan dengan pendengar muzik kami," katanya kepada Multisynx.



Tambah Dean, SC kini dalam proses menulis lagu untuk album pertama mereka yang mana tiga lagu yang akan dimuatkan dalam album itu sudah pon dirilis iaitu dua di dalam split cassette release bersama Tapestry (SG) dan Beeswax (ID) dan satu lagi di dalam format 7 inch vinyl compilation yang akan dijual pada bulan September tahun ini. 

"Rencana asal kami adalah untuk menyambung jelajah kami ke New Zealand dan Australia, tapi disebabkan saya bakal menimang anak bulan hadapan, kami menunda jelajah itu ke tahun hadapan," katanya.

Facebook: SC

No comments:

Post a Comment