Saturday 24 August 2019

SEMANGAT HARDCORE INSPIRASI 'COMEBACK' NOSTALGIA

Apakah yang menaikkan semangat kita? Dari manakah lonjakan atau boost semangat itu datang? Dari diri kita atau mereka di sekeliling?

Bagi band old school hardcore, Nostalgia, semangat dalam scene hardcore di Malaysia sendiri yang memberi inspirasi untuk mereka membuat comeback setelah dibubarkan sebelum ini.

Frontmannya, Zeri berkata, Nostalgia sebelum ini iaitu pada pertengahan 2012 telah diputuskan untuk dibubarkan atas beberapa faktor yang dirasakan perlu diselesaikan untuk kebaikan kondisi line up pada waktu itu.

"Sebenarnya, projek rilisan 'Selagi Daya' pada Oktober 2018 merupakan susulan daripada keputusan kami untuk comeback pada 2016," katanya kepada Multisynx.


Secara jujurnya jelas Zeri, Nostalgia dilihat sebagai platform suaranya kepada komuniti dalam scene yang sentiasa percaya bahawa scene hardcore merupakan tempat yang selamat dan bermotivasi untuk positif.

Sedikit sejarah tentang Nostalgia, mereka bermula di pekan kecil Parit Raja, Batu Pahat pada pertengahan 1998 dan mengeluarkan rilisan EP pertama pada tahun 2001 (Tetap Berdiri) di bawah Aspirasi Records.
Seterusnya pada tahun 2003, mereka menerbitkan rilisan EP Nostalgia (Self title) dan kemudiannya CD Discography 2005 (Neutral Kembali) hasil kolaborasi records DIY sekitar Malaysia. 

Mereka terus aktif membawa mesej-mesej positif dan berunsurkan keyakinan motivasi diri di gig-gig sekitar selatan dan Kuala Lumpur sehinggalah pada 2012, Nostalgia mengambil keputusan untuk berundur dari scene hardcore punk.

Namun ianya tidak lama. Nostalgia 'dikejutkan' semula pada tahun 2016 dengan desakan serta sokongan komuniti hardcore/ punk yang setia menyebarkan semula semangat positif hardcore 1998.

Diskografi:
1999 - Demo cassette, Ilustration of Morality
2001 - EP cassette, Tetap Berdiri (Aspirasi Records)
2003 - EP cassette, Self title
2004 - Bond of Old school-Malaysian Hardcore Punk Compilation, vol.1
2005 - Dicsography album CD, Neutral Kembali
2006 - Standing Hard, A Youth of Today Tribute

CD EP 'Selagi Daya' Demo 2018 yang diterbitkan dalam bentuk pro-CD dan printed sleeve, mengandungi lima lagu old school hardcore. 
CD itu boleh didapati pada harga RM15.
Contact: xnostalgiax2000@yahoo.com
https://www.facebook.com/nostalgia98/

Nostalgia ialah:
Vocal: Zeri
Bass: Foo Kaw
Drum: Adon
Guitar: Mune
Past members: Amir, Meor, Che Din, Lan, Aizam

No comments:

Post a Comment