Tuesday 13 August 2019

TIADA SCENE NORTHERN SOUL DI MALAYSIA - BIRDO

NORTHERN SOUL merupakan satu gerakan muzik serta tarian yang bermula di England pada pertengahan 60-an. Ia mengetengahkan muzik soul yang ‘obscure’ dari Amerika Syarikat terutama dari label-label termasuk Ric-Tic, Shrine, Revilot, Thelma dan Okeh.

Menyusuri sejarah muzik yang popular dalam kalangan mods, tidak boleh kita ketepikan sumbangan empat kelab soul utama ini iaitu Twisted Wheel di Manchester, Blackpool Mecca, The Golden Torch (Stoke-on-Trent) dan Wigan Casino. Jutaan peminat berpusu-pusu ke kelab-kelab ini hanya untuk menikmati muzik northern soul,

Ada dalam kalangan mereka yang menyifatkan northern soul sebagai ‘muzik terbaik di dunia’.

Scene northerm soul sehingga kini telah berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Banyak dalam kalangan peminatnya terus membawa obor (keep the faith) dan menganjurkan sesi ‘all nighters’ atau ‘all dayer’.

DJ akan memutarkan rekod-rekod northern soul dan hadirin akan menari mengikut alunan muzik rancaknya. Ada juga yang melakukan handstand, ada yang melakukan stomp. yang penting, semua gembira menari mengikut irama rancak noerhern soul.

Di Malaysia, terdapat ramai peminat muzik northern soul. 

Namun begitu, jelas DJ Birdo, tidak ada scene northern soul di Malaysia. Yang ada hanya budak-budak mod, suedehead dan rudeboy yang meminati music northern soul.

“Ini terjadi kerana di Malaysia tidak ada pendedahan yang sewajarnya (proper) tentang northern soul. Northern soul bukan setakat muzik, ia datang sekali dengan step tariannya tersendiri.
“Di Malaysia tidak ada tempat untuk berlajar tarian northern soul atau pertandingan northern soul dance,” katanya kepada Multisynx.
BIRDO sedang beraksi


Birdo juga kini memfokuskan kepada muzik mod awal seperti club soul, motown, British R&B dan sedikit ska kerana kurangnya pendedahan muzik mod di Malaysia. 

“Pada tahun 2016 aku diberi kepercayaan untuk organize Mods Mayday. Ada beberapa masaalah technical berlaku yang memaksa aku membeli sebuah turntable. Semenjak itu juga aku terjebak dlm dunia ‘selecta’ ni,” katanya.

Menurutnya, Kuala Lumpur Soul kini dalam rangka mempromosikan budaya mod. 

Mereka yang berminat katanya, boleh mengikuti media sosial Kuala Lumpur Soul untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang music mod termasuk pertandingan, gig, mods party dn konsert.

Ditanya tentang projek terbarunya, Birdo berkata, dia sedang menggerakkan The Soulbreakers Soundsystem. 

“If nak panggil aku jam include dengan my own sound system. Aku akan bawak my own DJ set, P.A system…” jelasnya.

Contact: Facebook

No comments:

Post a Comment