"Macam masak nasi lemak. Generally orang dah tahu nasi lemak akan ada apa dan rasa macam mana. Tapi lain tempat kita makan akan lain jugak rasa dia sebab lain tukang masak, lain citarasa dia."Itu analogi digunakan Playburst, band dari Kuala Lumpur, bagi menggambarkan hasil muzik yang dikeluarkan mereka.
Sebagai sebuah band, mereka mahu bermain seperti 90's emo tetapi hasil dikeluarkan oleh mereka bergantung kepada 'playing' dan latar belakang muzik secara individu anggota masing-masing.
PLAYBURST |
Berikut adalah pengaruh mereka mengikut anggota band:
Aidil: Guided By Voices, Saves The Day, The Hold Steady
Afiq: Drive Like Jehu, Sonic Youth, Sunny Day Real Estate
Ridzuan: TTNG, Toe, American Football
Tiong: Faraquet, Lite, Sport
Pada Multisynx, kepelbagaian ini telah diketengahkan dalam EP empat lagu mereka yang dikeluarkan pada tahun ini yang menampilkan lagu-lagu seperti Waste Of Time, Big Mouth, What's Wrong With Love? dan Be Strong.
Playburst juga baru selesai proses rakaman debut album mereka yang akan dirilis Oktober depan. Album itu akan memuatkan 10 lagu dan akan dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD.
Band itu memberitahu, konsep dan mesej dalam album tersebut adalah positiviti dalam menempuhi cabaran hidup.
Mari kita nantikan debut album Playburst pada Oktober ini. Contact Playburst di Facebook dan Instagram.
No comments:
Post a Comment