Wednesday 18 September 2019

'BUAH TANGAN' BAHARU PIRI REIS

Piri Reis, band emoviolence dari Shah Alam, Selangor sebenarnya telah lama meriliskan split CD dengan band Jepun, Sto Cosi Cosi. Iaitu pada 2016. Ketika itu, mereka sedang mengadakan tour bersama di negara matahari terbit berkenaan. Pihak di Jepun telah meriliskan split itu dalam bentuk CD serta zine. Pastinya, ia telah sold out ketika tour di sana. Sehubungan itu, untuk versi rilisan Malaysia, ia akan dikeluarkan dalam masa terdekat, tahun ini "Dan ia mengambil masa yang sangat lama untuk kita meriliskannya (di sini) sebab tiada masa dan komitmen yang tak dapat dielakkan (maaf!). "Oleh itu bagi rilisan ini kita berterima kasih kepada Minoru dari Satire Records, Yuichi from Endless/Nameless Records and sudah tentu Sto Cosi Cosi yang absolutely tolong kita banyak benda," katanya kepada Multisynx.


Piri Reis
Untuk makluman, Piri Reis terdiri daripada Mira sebagai vokalis, Paan dan Arwith (gitaris), Jaka di posisi bass manakala Park (drum). Ditubuhkan pada 2014 di Shah Alam, mereka sudah bermain bersama selama lima tahun. Discography setakat ini, mereka memiliki lima rilisan. Yang pertama pada 2015 iaitu demo self-released dalam format kaset. Ia hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja. Ketika itu, mereka juga mengeluarkan special edition iaitu bekas kotak kayu (wood box case) dengan kaset warna berbeza.
Hanya lima hingga 10 unit yang dikeluarkan ketika itu ekoran kekangan masa dan tenaga untuk meneruskan rilisan khas berkenaan. 

Yang kedua, mereka telah membuat split dengan Coma Regalia dari Amerika Syarikat (AS) pada tahun sama dalam bentuk 10' yang mana mereka menyumbangkan empat lagu. 

Rilisan ini dijayakan oleh tiga label iaitu Middleman Records (AS), Miss The Stars Records (EU), and Framecode Records (Malaysia). Rilisan ketiga adalah pada 2017, dengan split casette bersama band dari Perancis iaitu Child Meadow. 

Dalam rilisan label Glord Records ini, Piri Reis menyumbangkan tiga lagu dalam ni. Rilisan ini dikeluarkan sempena tour band Perancis itu di Asia Tenggara. 

Pada tour itu, Piri Reis telah bermain bersama Child Meadow dan sebuah lagi band dari Perancis, Appletop. 

Rilisan keempat adalah pada 2017 dengan band They Sleep We Live dalam bentuk 7'. Rilisan ini melibatkan banyak label iaitu sebanyak lapan label dari pelbagai negara termasuk Eropah, United Kingdom dan Canada/New Zealand.
Split CD dengan band Jepun, Sto Cosi Cosi


Bandcamp: PIRI REIS
Facebook:  PIRI REIS

No comments:

Post a Comment