EDY J HERWAN - IMAGE/WJS |
Selalunya kami akan menulis mukadimah panjang lebar tentang orang yang kami wawancara. Namun begitu, individu bernama EDY J HERWAN ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Penggerak ACAB dan Gerhana Ska Cinta ini berkongsi pelbagai perkara kepada MULTISYNX termasuk aktiviti terkininya, pandangan tentang media sosial serta pendapat tentang muzik. Mari kita baca wawancara ringkas ini. Go!
MULTISYNX: Apa projek terkini? Boleh cerita sedikit pasal Edy J Label? Apa fokus dan
perancangan masa depan?
EDY: Currently kami sedang tour with Indieversary 2019 bersama The Times dan juga Joanna & Co serta mempromosikan singles terbaru kami yang baru sahaja keluar 31hb ogos itu hari, dan Edy J’s Label sekarang tengah mengemaskini catalogue untuk future project, kami memang ingin mencuba menjadi specialist on vinyl and cassettes, untuk reissue band-band lama dan juga baru.
MULTISYNX: Kenapa tiada akaun Facebook? Pada pendapat anda, adakah media sosial memainkan peranan paling penting dalam menghubungkan pemuzik dengan peminat
EDY: Personally aku memang dah stop Facebook kerana terlalu banyak gossip yang tak sepatutnya, dan terlalu semak dengan berita-berita dunia yang kita tak tahu kesahihannya.
Bagi aku, ada pro and contranya media sosial ni, kalau kita betul-betul jujur dengan platform yang ada ni, InsyaAllah bagus la untuk memajukan dan more productive untuk muzik tanah air.
MULTISYNX: Bagaimana pengamatan anda tentang scene muzik ketika ini. Terutama dengan kepesatan platform-platform seperti Spotify, Bandcamp dan Soundcloud, apa yang kita boleh manfaatkan dan apa pula kita rugi?
EDY: Bagi aku, aku tak berapa tahu sangat dengan benda-benda teknologi ni, tapi mungkin juga bagus untuk mempromosi kan produk-produk baru band.
Cuma aku lebih pada fizikal format, pasal aku boleh belek-belek sleeves cover sambil dengar lagunya.
MULTISYNX: Boleh anda ceritakan antara influence anda dari segi pemuzik tempatan? Dari era mana dan apa signifikan sumbangan mereka itu kepada perkembangan seni budaya tempatan?